Ahad, 7 Disember 2008

SALAM AIDIL ADHA 1426H

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian...

Diucapkan selamat Hari Raya Idul Adha semoga semua sihat dan aman sentosa. Pada hari yang berbahagia ini hendaklah kita menyambut Hari Raya Idul Adha dengan penuh kesyukuran kepada Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan kalimah takbir dan tahmid di samping melakukan ibadat korban baki sesiapa yang mempunyai kemudahan dan kemampuan.

Hari Raya ini dikenal dengan Hari Raya Haji kerana bersempena dengan umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau dipanggil juga Hari Raya korban kerana diperintah supaya kita berkorban, sekaligus mengingatkan kita kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika Allah S.W.T memerintah beliau menyembelih korban kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s.

Perintah ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim dengan penuh keikhlasan dan keyakinan serta mengatasi perasaan sayang kepada anaknya. Begitu juga anaknya Ismail dengan rela hati menyerah dirinya untuk dikorbankan demi menjunjung perintah Allah. Walaupun Allah menggantikan penyembelihan anaknya dengan tebusan seekor kibas, tetapi Allah sifatkan Nabi Ibrahim itu telah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail kerana kesungguhan dan azamnya melaksanakan perintah Allah melalui mimpinya yang benar itu.

Seperti mana Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Saffaat ayat 103-105 yang bermaksud:

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya, atas tompok tanah (untuk disembelih) serta kami menyerunya: Wahai Ibrahim, “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu,” demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan”.
Allah menjelaskan bahawa perintah kepada Nabi Ibrahim supaya menyembelihkan anaknya itu sebagai ujian. Seperti mana Firman Allah dalam Surah As-Saffaat ayat 106-107 yang bermaksud:

” Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar (kibas).”

Kepatuhan yang ditunjukkan oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s adalah hasil daripada kecintaan kepada Allah S.W.T mengatasi kecintaan kepada sesuatu yang lain. Sewajarnya kepatuhan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua beranak ini menjadi ikutan dan tauladan kepada kita yang melaksanakan tuntutan dakwah dibumi barakah ini pada hari ini dalam melaksanakan tuntutan dan perintah Allah S.W.T. Sama-samalah kita teruskan perjuangan untuk memastikan Kalimah Toiyyibah ini tertegak di bumi barakah, jauhilah kita semua dari mencari kepentingan peribadi daripada melaksanakan tuntutan Allah ke atas kita semua. menegakkan hukum Allah adalah wajib bagi kita selagimana tidak ada negara yang betul-betul melaksanakan hukum-hukum Allah secara total..Takbir!!!!

Allahhu Akbar Allahhu Akbar Allahhu Akbar WalilLah hilhamd.

Selamat Pengantin Baru


Salam Pernikahan...

Selamat Pengantin Baru buat ex-officio as-Syubban al-Islami & zaujah (akhi Mohd Arif) daripada kami di atas melangsungkan satu tuntutan agama dalam kehidupan manusia pada 29 Disember 2008 (Rumah zaujah) & 30 Disember 2008 (Rumah beliau di Jeli) . Kami semua doakan kebahagian buat dua mempelai ini hingga ke hujung hayat dan sentiasa di bawah payung rahmat ilahi dalam menjalani kehidupan yang penuh onak duri, serta teruskan perjuangan ini sehingga terlaksananya hukum Allah di dunia ini.

Siiru 'ala barakatillah,
Wassalam..

Ahad, 30 November 2008

10 Muwasofat Fardul Muslim

Salam Ukhwah & Perjuangan...

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matiinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha (Qaadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji
dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan
kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri
dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan
kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih
baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada
kebaikan
· Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadhah dan tidak memakan/minum suatu yang
merosakkan badan

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak
biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk
baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung
kepada daie.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah
bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pergaulan Dalam Islam

(1) Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat.

1. Pengertian pergaulan.

Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ( خلط ) . Bercampur atau bergaul disebut
( اختلاط ) yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat, bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap, bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang atau akan halal pada masa akan datang.

2. Hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi .

Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang sahih menunjukkan hukum pergaulan lelaki dan perempuan ditegah. Tegahan hanya dapat dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:

2.1.Wanita ditegah musafir tanpa mahram dan tegahan khalwat.

Rasulullah (s) bersabda: لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرم

Baginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

Kedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah disepakati oleh para fukaha. Tidak ada perbezaan antara khulwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada itu para fukaha juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat dan hajah.

Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.

3. Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh bergaul kerana darurat.

Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:

فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء

“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.

4. Pergaulan ajnabi masa kini.

Di antara pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarah menziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak resmi; mesyuarat, kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja. Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.

Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj. Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas. Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.

5. Pergaulan di dalam konteks berorganisasi/jemaah/program-program

Pergaulan di dalam konteks berjemaah juga mempunyai asas dan dasar hukum yang sama, bahkan dasar dan hukum ini adalah terpakai untuk semua bentuk pergaulan yang bermatlamatkan kebaikan dan kemashlahatan ummah. Ini bermakna pergaulan di dalam konteks berjemaah ataupun berprogram masih lagi tertakluk kepada tiga keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum daripada ini. Tiga keperluan tersebut adalah :

a) darurah

b) hajiah syar’iyyah

c) maslahah syar’iyyah / adat setempat yang diterima oleh hukum syara’.

Syarat-syarat pergaulan ini tetap tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan. Antaranya ialah:

i) Aman daripada fitnah

ii) Tidak berdua-duaan

iii) Sempurna menutup aurat bagi perempuan mahupun lelaki

iv) Tidak melunakkan suara bagi perempuan

v) Berhubung pada sekadar keperluan sahaja

vi) Pandangan yang tidak menaikan syahwat atau ghairah

vii) Tidak bercampur dalam konteks yang melampaui batas

Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh menghalalkan percampuran/atau pergaulan bagi perempuan dan lelaki yang ajnabiyy walaupun bersama-sama di dalam bekerja ke arah kebaikan islam. Bahkan, bagi seorang da’ie atau muslimat mahupun muslimin jemaah, menundukkan pandangan, aurat dan pergaulan perlu dijaga dengan lebih ketat lagi kerana mereka adalah pembawa risalah dan da’wah islam. Tidak halal bagi sesiapa sahaja untuk mengharuskan pergaulan tanpa memenuhi kehendak dan batasan-batasan hukum syara’ sebagaimana yang telah digariskan. Program-program jemaah seharusnya diatur dengan mengelakkan percampuran yang melampau daripada lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah serta memberi ruang kepada syaitan untuk berbuat fitnah dan kerosakan.

Ini bukanlah bermakna pandangan seumpama ini merupakan pandangan yang ortodoks atau jumud, tetapi Islam menganjurkan konsep “mencegah lebih baik daripada merawat”. Kita mengakui bahwa pada zaman kontemporari ini, percampuran dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah menjadi satu keprluan, lebih-lebih lagi di dalam konteks jemaah kampus pada hari ini. Cuma sebagaimana yang telah ditekankan bahawa percampuran dan pergaulan itu perlulah selari dengan apa yang telah digariskan oleh hukum syara’ supaya ianya tidak menjadi fitnah yang lebih besar kepada islam dan jemaah Islam itu sendiri. Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. Ungkapan “sepinggan pahala berulam dosa” seharusnya diteliti, difahami maksudnya oleh para penggerak perjuangan islam supaya perjuangan ini tetap berada pada landasan yang suci dan benar.

KESIMPULAN

Islam bukanlah satu agama yang jumud. Islam mengatur kehidupan umatnya untuk menghasilkan kebaikan dan mashlahah keseluruhan di dalam kehidupan manusia. Sistem sosial masyarakat islam jika baik aturannya mengikut acuan al-Quran dan As-Sunnah pasti mengundang keberkatan dan dilimpahkan sepenuh kebaikan daripada Allah. Islam memahami keperluan naluri dan fitrah manusiawi kerana islam itu datangnya daripada Allah yang merupakan pencipta kepada manusia.Bagi penggerak kepada harakah islamiyyah, haruslah difahami bahawa setiap fitrah itu berlu hadir dan dikawal dengan hidayah, kerana tanpa hidayah, fitrah tersebut akan menjadi fitnah!

Rujukan :

1. Artikel Ust Alias Othman-Pergaulan Silang Jantina dalam masyarakt masa Kini

2. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi – Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid II

3. Fiqh Malaysia-Akademi Pengajian Islam, UM

Khamis, 20 November 2008

Selamat Menghadapi Imtihan


Salam buat sahabat diperantauan dan tak lupa juga adik-adik badan dakwah sekalian, moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah selalu dalam menjalani kahidupan ini yang penuh dengan ujian dan dugaan untuk hidup dibumiNYA. Bukannya perkara yang mudah untuk menjadikan kita dan orang lain insan yang sempurna, ia semestinya melalui onak dan duri sebelum menggapai cita-cita tersebut, ini sememangnya telah menjadi asam garam dalam kehidupan untuk menjadi yang terbaik mestilah melalui peringkat kesusahan dahulu sebelum mengecapi kesenangan.

Oleh itu sama-samalah kita jayakan tuntutan dan kewajipan kita sebagai pelajar dalam fatrah exam ini sebegini dituntut untuk berusaha dan melalui kepayahan, moga dengan susah an payah kita meapat kejayaan dan kecemerlangan untuk ditonjolkan dalam masyarakat yang memerlukan seorang da'ie yang betul-betul memiliki kejayaan akademik dan akhlak.

Buat yang terbaik untuk Islam... Takbir!!!!!!!!!!

Isnin, 10 November 2008

Empat Golongan Dihadapan Kita (Pejuang dakwah)

Dihadapan kita, manusia terbahagi kepada empat golongan berikut:

1. Orang yang meyakini

Seorang yang meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah kita. Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang.
Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah aqidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberi hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikit.

Sedikit pandangan ana yang lemah :
Golongan ini sewajarnya as-Syubban sedaya upaya untuk menarik mereka kepada kebenaran Islam yang murni khususnya di peringkat menengah. Pelbagai altenatif dan wasilah yang boleh kita garapkan terhadap golongan ini khususnya melalui pendekatan Dakwah Fardiyyah (face to face with mad’u) sebelum dilaksanakan wasilah melalui pendekatan Usrah. Ini kerana, kaedah ta’lif al-Qalb (ikatan hati) sebelum penerangan atau dakwah secara halaqah boleh mematangkan mereka untuk menerima dakwah kita. Dan penonjolan kita secara DF dengan mereka juga adalah untuk memperkenalkan mereka dengan Islam secara syumul secara lebih dekat, mengasihi mereka atas dasar Islam, membantu mereka ketika memerlukan. Justeru itu, menambahkan lagi keyakinan mereka ini terhadap dakwah kita.
Sementara itu, waqi’iyyah kita pada waktu yang tidak mengizinkan sekarang (tahun 2008) telah berlaku pergelutan yang ketara dengan penasihat persatuan mereka, maka perkara ini perlu dititik beratkan untuk masa akan datang bagi menjaga kesinambungan tarbiyyah kita di sekolah dan tidak meninggalkan golongan yang memerlukan kita ditengah jalan. Yakinlah, masih ada yang mengharapkan kita, maka perlu bagi kita mengerahkan tenaga dan waktu kita untuk mereka mengenali Islam yang murni.

2. Orang yang sangsi

Orang yang masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yang tidak meyakini betapa pentingnya apa yang kita katakan ini. Inilah orang yang tidak berpendirian dan sangsi. Orang ini akan kita biarkan bersama kesangsiannya. Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita samada secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita atau melawat cawangan-cawangan kita atau berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dengan kita. Begitulah kedudukan orang-orang yang sangsi di kalangan pengikut para rasul sebelum ini.

3. Orang yang berkepentingan

Orang yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yang bakal diperolehi hasil segala pengorbanan yang dicurahkan. Bagi mereka ini kita katakana : minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran selain pahala yang Allah akan berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punya apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yang kami miliki. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah. Allah adalah sebaik-sebaik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan.
Sekiranya Allah membuka segala tirai yang menutup hati orang ini atau Allah buang sifat tamak haloba daripada hatinya nescaya dia akan mengetahui bahawa apa yang Allah sediakan adalah lebih baik dan lebih kekal. Dia akan menggabungkan dirinya dengan katibah Allah, menggembeleng segala kekayaan dunia yang ada padanya supaya dia beroleh ganjaran Allah di hari muka. Apa yang ada pada kamu akan kehabisan dan apa yang ada pada Allah akan kekal.
Jika tirai ini masih utuh, Allah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada Allah terhadap dirinya sendiri, hartanya, dunianya, akhiratnya, matinya dan hidupnya. Begitulah kedudukan sekumpulan manusia yang pernah menolak untuk member taat setia kepada Rasulullah s.a.w. melainkan jika baginda menyerahkan kekuasaan kepada mereka selepas kewafatan baginda. Jawapan baginda kepada mereka ialah bumi ini adalah hak Allah. Allah yang akan menyerahkannya kepada hambaNya yang dikehendakiNya. Segala kesudahan itu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa.

4. Orang yang berprasangka

Orang ini prejudis dengan kita dan terlalu dikuasai oleh prasangka buruknya terhadap kita – na’uzubillahi min zalik, moga Allah jauhkan kita dan mereka daripada berprasangka buruk terhadap as-Syubban dan khususnya kepada perjuangan Islam -. Orang ini melihat kita dengan pandangan yang sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dengan kata-kata yang memburuk-burukkan kita – ya Allah, ampunkan dosa mereka yang menuduh dan memburuk-burukkan as-Syubban dengan tuduhan tidak berasas sebagaimana yang diperkatakan sebagai pertubuhan JIM ataupun IRC - . Orang ini begitu degil dengan kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya. Orang seperti ini kita akan doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita. Allah telah turunkan sepotong ayat kepada nabiNya berkisar tentang segolongan manusia :

“Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. (al-Qasas ; 56)
Walau bagaimanapun kita akan tetap mengasihi orang ini. Kita berharap semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan dakwah kita. Pegangan kita bersama orang seperti ini ialah seperti sikap yang pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. sebelum ini :
اللهم اغفر لقومى فإنهم لا يعلمون
“Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak tahu”.
Kita mahukan manusia termasuk dalam mana-mana satu daripada golongan ini. Sudah tiba masanya seorang muslim mengetahui matlamat dan halatuju hidupnya kemudian dia beramal menurut halatuju ini hingga matlamatnya tercapai. Kelekaan, kealpaan, mendengar dan menurut secara membabi buta bukanlah sifat orang yang beriman.

Pendirian sewajarnya bagi as-Syubban :
Inilah sikap dan pendirian seeloknya ditunjukkan dan dipamerkan oleh as-Syubban terhadap orang yang ada prasangka terhadap as-Syubban, bukannya dengan dendam dan marah yang mengikut nafsu ammarah tapi mestilah berpaksikan atas landasan syariah sekalipun dia tidak mengakui kesilapannya selepas terlanjur dalam menuduh terhadap kita yang berkemungkinan kerana untuk mempertahankan keegoannya, kerana perkara ini boleh menjatuhkan keaiban dan maruahnya beliau sebagai seorang … apabila mahu ditarik balik kata-katanya. Moga-moga - kita doakan - ada secebis dalam hatinya sifat kasihan belas dan hatinya berbalik mahu menerima kembali dan ingin melihat kesinambungan tarbiyyah di sekolah berjalan dengan lancar sebagaimana sebelum ini. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita mencapai perubahan dalam diri seseorang yang ditarbiyah, tapi ingatlah ia suatu perkara yang sukar jika tanpa pertolongan dari Allah. Allah tidak akan tanya kita berapa ramai dah yang kita berjaya ubah dan islah mad'u kearah perubahan yang menepati syakhsiyah Islam, tapi akan disoal samada kita buat atau tidak dakwah khususnya di sekolah, hasilnya terpulang kepada Allah kita hanya mampu untuk berusaha dengan melaksanakan dakwah. Mudah untuk kita menjatuhkan organisasi itu dari bertapak, tapi cukup susah untuk mencari gantian yang lain untuk bertapak melangsung tarbiyah di sekolah. Sekiranya dapat mencari ganti Alhamdulillah, tapi jika tidak tunggulah hari pengadilan untuk menjawab depan Rabbul Jalil atas apa yang dilakukan.

Sumber :
- Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna(2003), Majmu’ah Rasail, Pustaka Salam Sdn Bhd.
- Serta sedikit ulasan dari ana yang lemah.

Ahad, 9 November 2008

Qum Fa Anzir!!!

Sejenak Untuk Memperbaharui Keimanan

Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan:
Pertama : Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.
Kedua : Tarikan syaitan pula, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.
Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.
Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:
إجلس بنا نؤمن ساعة
(Marilah kita duduk untuk perbaharui iman sejenak).
Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا
(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolakbalik
daripada isi periuk yang sedang menggelegak).
Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini adalah tentang fiqhul da'wah. Kita menyeru para da'i untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat untuk ia beriman dan mengkaji diri, ilmu dan kesungguhannya.

Da’i Adalah Pengembara Dan Penggerak (Muslim Haraki)

Da’i tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa lebih untuk banyak berqiamullail setiap hari, dan memperbanyakkan khatam Al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, gerak kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, memimpin mereka, mendidik pemuda-pemudi Islam dan membentuk mereka dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya.
Contoh bagi para da’i ialah tokoh-tokoh da’i dari ahli salaf yang mengembara di serata dunia untuk mengembangkan dakwah Islam dan menyampaikan risalah kepada manusia. Mereka memulakan bicara, dan bergaul dengan manusia lain dengan tujuan dakwah dan tidak menunggu-nunggu orang ramai untuk datang dan bertanya kepada mereka, tetapi mereka sendiri yang pergi menemui dan mendekati orang ramai untuk menyampaikan dakwah Islam dimana sahaja mereka berada. Begitulah sikap da’i yang sentiasa sedia berkhidmat walau di mana saja mereka berada.
Da’i Islam pada hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri dan di mana jua menurut kemampuan dan keupayaan mereka untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW yang melawat ke lembah-lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan kalimah Islam dan berita gembira tentang Islam kepada seluruh orang Arab. Baginda tidak menunggu mereka datang ke Madinah. Cubalah kalian saksikan, apakah jawapan baginda apabila seorang badwi bertanya tentang rukun Islam. Rasulullah s.a.w. menjawab : “Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatupun darinya.”
Orang badwi tersebut ketika memulakan soalannya berkata: “Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan bahawa kamu adalah utusan Allah?” (Sahih Muslim, Jilid 1, m.s. 32)
Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai da’I sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.. Manusia perlu dilawati. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah da’i.
Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam.
Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Rujukan :
Muhammad Ahmad ar-Rashid (2000), al-Muntalaq, terj; “Langkah Bermula : Ust Hj Mohd Tahir Daeng Mengati”, Kuala Lumpur, Pustaka Usrah.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Perutusan Aidilfitri & Pilihanraya Kampus

PERUTUSAN AIDILFITRI & PILIHANRAYA KAMPUS

Assalamu’alaikum wrt wbt…
Kepada semua warga syubban sekalian, kami pimpinan As-Syubban Al-Islami mengambil kesempatan yang berbaki ini dan rasanya tidak terlambat untuk kami ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga syubban. setelah sebulan kita berada dalam madrasah ramadhan bagi mendidik, mentarbiyyah dan membentuk jiwa rohani yang kuat dan kental untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang berbaki. Semoga kita akan teruskan amalan-amalan yang telah dilaksanakan dalam bulan ramadhan yang lalu bagi memelihara kerohanian kita dari terseleweng oleh gejala arus perdana. Kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab mengundi samada yang telah atau akan pada pilihanraya kampus masing-masing dalam memilih pimpinan yang boleh membawa ke arah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah swt. Tunaikanlah tanggungjawab mengundi kerana undi kita menentu kepada pimpinan akan datang.

Siiru ‘ala barakatillah…

Jumaat, 10 Oktober 2008

Khutbah Aidilfitri 1429H

BERJUANG LAH !!

الله أكبر الله اكبر الله اكبر ..... الله أكبر الله اكبر الله اكبر ..... الله أكبر الله اكبر الله اكبر ..... الله اكبر كبيرا و الحمد لله كثيرا و سبحان الله بكرة و أصيلا اللهم صل و سلم على رسولنا المصطفى صلى الله عليه وسلم و على آله و أصحابه و التابعين و تابعيهم بإحسان إلى يوم الدين وقال الله تعالى في كتابه العزيز : يا يها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته و لا تموتن إلا و أنتم مسلمون

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt.

Hari ini adalah hari seluruh umat Islam bersatu melaungkan kebesaran Allah Azza wa Jalla . Ia juga menepati laungan kemenangan Islam Agama suci ke atas gabungan musuh yang menentang Islam . Sebuah kemenangan yang berpaksi kepada ajaran tauhid , meng Esa dan meng Agongkan Allah Jalla wa A’la .

لا إله إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
لا إله إلا الله و الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

“ Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Tuhan Yang Maha Esa , Tuhan Yang Telah benarlah JanjiNya , Tuhan Yang Telah Memberi Kemenangan kepada HambaNya dan Tuhan Yang telah Memberi keperkasaan kepada TenteraNya dan Tuhan Yang telah Membinasakan Tentera Ahzab dengan segala keEsaanNya .

Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah dan Allah adalah Tuhan Yang Maha Agong……….. Allah Tuhan Yang Maha Agong dan kembali kepada Allah segala Kepujian “
.

Justeru itu , marilah kita raikan kemenangan tersebut dengan 1001 keinsafan bahawa kita pada hari ini , jika bermaksud mahu mengulangi kemenangan generasi terdahulu maka mestilah kita juga memiliki standard keupayaan yang serupa .


Sesungguhnya kemenangan menjulang Agama Allah dimata dunia , pula mengatasi ideology dan agama ciptaan manusia bukanlah satu kemenangan mudah , yang dicapai dalam masa yang singkat tanpa melalui tahap pengorbanan yang tinggi dan perjuangan yang getir .


Hari ini kita menyambut dan mengulangi slogan kemenangan , bukan hanya kerana rasa seronok dan gembira dengan kemenangan tersebut tetapi apa yang lebih penting ialah ingin menyemarakkan kembali semangat juang ke arah mendaulatkan syariat Allah swt dan memartabatkan sunnah Rasulillah saw. Sekaligus mengambil iktibar bagaimana persiapan spiritual , mental dan fizikal yang dipersiapkan oleh Rasulullah saw mendepani kekuatan serangan dan propaganda musuh .


الله أكبر .... الله أكبر...... الله أكبر


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Kegembiraan kita menyambut hari lebaran ini janganlah sampai kita lupa , bagaimana keadaan Islam dan umatnya yang kini menghadapi tekanan dan kepungan hebat dari pihak musuh , samada di peringkat antarabangsa mahupun diperingkat nasional . Satu keadaan yang memaksa kita sebagai seorang muslim yang mukmin , bangkit berjuang membela maruah ummah dan berjuang menjulang kalimah Allah swt.


Perlu disedari , bahawa musuh tidak pernah bersimpati terhadap Islam dan umatnya. Inilah reality yang telah didedahkan oleh Allah swt :

Demi sesungguhnya ( engkau wahai Muhammad ) akan dapati manusia yang sangat tinggi semangat permusuhannya terhadap orang – orang beriman ialah orang – orang Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt.
Surah al Maaidah . Ayat : 82

Kita sebagai seorang muslim muttaqin yang telah dididik sebulan di Madrasah Ramadhan guna melahirkan Insan yang komited dan istiqamah dengan amal Islami tentunya tidak mempunyai pilihan yang lain , melainkan kita selayaknya menyahut seruan Rasulullah saw.

وَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يُقَاتِلُهُمُ اْليَوْمُ رَجُلٌ فَيَقْتُلُ صَابِرًا مُحْتَسِباً
مُقْبِلاً غَيْرَ مُدْبِرٍ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّةَ .

“Demi ( Allah ) yang diri Muhammad di dalam gemgamanNya , tidaklah seseorang yang berjuang menentang mereka ( musyrikin ) hari ini lalu ia berjuang penuh kesabaran dan penghayatan serta sedia menghadapi musuh tanpa gentar ( berundur ) melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.”

الله أكبر .... الله أكبر...... الله أكبر

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah .

Kini ummat Islam dinodai . Sejarah gemilangnya dipalit arang. Prestasi cemerlangnya dipandang sinis sementara pejuang kedaulatannya pula dicurigai . Ummat Islam menjadi rendah di atas tanahair sendiri , menjadi hina di hadapan kaum bangsa sendiri dan menjadi lemah dalam jumlah mereka yang ramai . Mereka hilang identiti dan kurang kualiti .


Bukankah kita ummat yang terbaik ?


Firman Allah swt :

Maksudnya : Kamu adalah sebaik – baik ummah , dikeluarkan dikalangan manusia . Kamu menegakkan perkara Ma’ruf dan mencegah perkara Mungkar dan kamu beriman kepada Allah swt.
( Surah Aali Imran . Ayat 110 )

Ummat ini tetap menjadi ummat yang terbaik asal sahaja kita masih berpegang dengan 3 prinsip yang dinyatakan oleh Allah di dalam ayat 110 dari surah Aali Imran yang saya bacakan tadi , iaitu :

Ø Menegakkan perkara Makruf
Ø Mencegah perkara Mungkar dan
Ø Beriman kepada Allah swt.


Ummat ini adalah ummat yang terbaik justeru inilah :


· Ummat yang dilahirkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah , untuk menjadi tuan dan pentadbir urusan hidup , kearah sebuah kemakmuran yang abadi dan hakiki .


· Ummat yang mempunyai Kitab suci ( al Quran ) sebagai pedoman dan panduan hala tuju yang bukan sahaja menjanjikan tamaddun yang soleh tetapi juga kehidupan yang dirahmati dan diredhoi oleh Allah swt.


· Ummat yang diutuskan Rasul ( nabi Muhammad saw. ) sebagai pembimbing dan penunjuk arah yang bukan sahaja menjanjikan kesejahteraan dan kejayaan hidup tetapi juga menghindarkan kemurkaan dan azab ilahi .

· Ummat yang dikurniakan aqal dan nafsu untuk mengendalikan sebuah kehidupan yang normal serta dikurniakan pula agama dan syariat untuk memelihara dan mengawal pengendalian tersebut. ( bukan bertujuan menghalang dan menafikan hak sebuah kehidupan.)


الله أكبر .... الله أكبر...... الله أكبر


Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian .

Persoalannya , kenapa dan mengapa ummat ini mengalami kemerosotan yang amat parah dan sangat kritikal ? Malah kenapa ummat ini terperangkap dalam kancah yang merosakkan prinsip aqidah mereka , melunturkan nilai akhlak dan moral mereka jua mengheret mereka dalam konflik perasaan dan polemic jiwa yang tidak berkesudahan .


Realiti ini telah memaparkan satu landskap kehidupan ummat yang sangat menghiris dan memilukan perasaan kita yang masih memiliki selembar iman dan secangkir agama ini . Manakan tidak……..


Institusi keluarga porak peranda .

Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sementara anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan.


Remaja tanpa jati diri .

Dunia mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa . Masa depan mereka terumbang ambing laksana langkah kaki mereka yang tidak berketentuan . malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik.

Aktiviti maksiat dan Pusat hiburan bercambah .

Ianya bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tanpa sebarang sekatan dan kawalan . Sebaliknya dengan rasa bangga , aktiviti dan pusat maksiat ini diperluas tanpa mengira sentiment ummat Islam. Rentak muziknya menenggelamkan ketinggian suara azan dari menara rumah Allah ( masjid ).


Insafilah , bahawa kejatuhan ummat ini bukan kerana mereka berpegang teguh dengan ajaran agama Islam tetapi kerana hubungan mereka dengan Islam yang kian renggang , penghayatan mereka yang kian luntur , amalan mereka yang kian surut , akhlak mereka yang kian terhakis dan keimanan mereka kepada Allah serta hari akhirat kian malap .


Marilah , kita bergandingan dengan seluruh upaya dan daya yang kita miliki serta mengambil segala ruang dan peluang yang ada untuk mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan ummat ini .


Pastinya pula tiada formula dan tiada pilihan yang paling tepat melainkan kita kembali ke pangkuan agama dengan segala penghayatan dan perlaksanaannya. Komited dan istiqamah dengan setiap suruhan dan ajaran Ilahi . Hayatilah Firman Allah swt ini :

لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم . ثم رددناه أسفل سافلين . إلا الذين ءامنوا و عملوا الصالحات فلهم أجر غير ممنون. فما يكذبك بعد بالدين . أليس الله بأحكم الحاكمين .
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baik ciptaan ) dan lengkap sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur dan menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
( Surah at Tiin : Ayat 4 – 8 )

Muslimin dan Muslimat sekelian .

Agama lah yang mengajar kita supaya membina silaturrahim agar wujud perpaduan yang merentasi kepentingan bangsa dan kaum serta agama dan budaya .


Agama lah yang mendidik kita supaya mentaati ibubapa , menghormati orang yang lebih dewasa dan menyayangi mereka yang lebih muda , agar lahir masyarakat penyayang yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain .


Agama lah yang membimbing kita supaya menghindarkan diri dari segala maksiat , mungkar dan jenayah , semoga masyarakat bukan sahaja mendapat redho dan rahmat Ilahi tetapi juga bebas dari kerosakan dan kemusnahan serta hidup dalam keamanan dan kesejahteraan .


Agama lah yang membentuk nilai akhlak dan moral terpuji bagi meletakkan ummat Islam sebagai ummat yang bermartabat dan berdaulat jua bertamaddun dan berkeperibadian tinggi.


Agama lah yang menjana kekuatan spiritual dengan nilai pengabdian diri kepada Allah swt . Kekuatan rohani inilah pula yang mencetuskan rasa takut kepada Allah dan mampu menilai antara syurga dan neraka serta dosa dan pahala .


الله أكبر .... الله أكبر...... الله أكبر


Muslimin dan Muslimat sekelian .

Demi masa depan ummah dan tanahair tercinta ini , malah demi masa depan kita bersama , marilah kita kembali dengan hayunan tangan dan langkahan kaki ke pangkuan agama suci ini, justeru hanya inilah jalan yang lurus , jalan yang membawa kita ke pintu syurga .

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

( Surah al – An a’am : Ayat 153 )

بارك الله لي و لكم في القرآن العظيم و نفعني و إياكم بالآيات و الذكر الحكيم و تقبل مني و منكم تلاوته إنه هو السميع العليم ….

Khamis, 9 Oktober 2008

Mehnah Dalam Perjuangan & Aidilfitri

Salam perjuangan dan salam lebaran untuk semua sahabat sahabiah di perantauan.. umat Islam kini telah menerima sekulung ijazah penganugerahan dari ILAHI selepas sebulan menyibukkan diri dalam Universiti Ramadhan yang baru beberapa hari yang berlalu. kini dengan bangga dan gembira bercampur dengan sedih kerana pemergian Ramadhan merupakan perpisahan yang tak dapat dilupakan buat insan yang ingin mencapai objektif Universiti Ramadhan iaitu TAQWA ila ALLAH. adakah masih ada disana kesempatan untuk bertemu denganmu wahai Ramadhan? untuk sama2 menyucikan diri yang penuh dengan calitan arang noda dan dosa? moga-moga dengan pengharapan ini dapat lagi kita bertemu untuk tahun hadapan dengan amalan yang lebih baik lagi.. InsyaAllah, inilah doa ar-Raja' seorang prajurit Islam menegakkan Islam tercinta..


Dalam keghairahan kita berhari raya, seorang prajurit Islam terpaksa bergelumang dengan 1001 cabaran mehnah dan tribulasi yang mendatang dan mencabar jiwa batiniah, ingatkah kita? perasankah kita? pedulikah kita? caknokah kita?


cabaran selalu mendatang sifatnya bagi orang yang dekat denganNya, bukannya menyusut samaada cabaran dalaman (internal) sendiri ataupun dugaan luaran (enternal). walaupun masih bisa di tepis semakin mendatang meniggi cabaran menanti di hadapan. inilah dugaan, ujian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang pejuang Islam yang berpaksikan keyakinan yang mendalam terhadap perjuangan yang dipikulnya bersama2 dengan sahabat2 sekalian.


inilah sunnahtullah, seseorang yg memikul keyakinan yang benar perlu diuji samada ianya betul-betul ikhlas dlm perjuangannya atau ada udang disebalik mee, jadi ingat jangan muah mengalah terhadap dugaan cabaran ujian mehnah tribulasi yg datang silih berganti. hanya utk kita belako, bertahanlah dalam ujian yang enuh mencabar ini dan selalu mengingati sirah perjuangan Nabi2 dan para sabahat terdahulu yang membwa risalah Islam keseluruh pelusuk dunia, tiada yang hidup senang. kalau nk hidup senang tak payah rajin-rajin bawa keyakinan ini, inilah cabaran kita, marilah sama-sama kita gempur, walau bagaimana keadaan sekalian terhadap keyakinan kita, kita yakin kita membawa perkara yang benar, gempur sahabat-sahabat sekalin!!!! gempur Islam!!!!!!!!


Siiru 'ala Barakatilah....

Min : Qalam al-Amin (Jami'ah Insaniah bi Qodah Darul Aman)

Perjuangan Yang Diredhai...

Apakah perjuangan Islam ?
Perjuangan Islam ialah memikul dakwah dan melaksanakan tuntutan kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah di atas muka bumi dengan menurut panduan dan pertunjuk dari kitab dan sunnah seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah.” (Al Maidah : 49).

Perjuangan Islam ialah melaksanakan Islam menurut kehendak Allah swt dan diketahui akan apa yang dikehendaki oleh rabbul alamin ialah melalui dari kalam-Nya sendiri di dalam Al-Qur’an dan penerangan dari rasul-Nya Muhammad salalahualaihiwasalam.

Apakah dakwah dan seruan yang dibawa oleh rasulullah ?
Dakwah dan seruan rasulullah ialah tauhid dan aqidah yang sahih dan membersihkan manusia dari kejahilan dan kesesatan serta kezaliman kepada keadilan dan keilmuan serta menjadikan semua manusia menetap diri di atas kehidupan yang menuruti kehendak Allah swt.

Permulaan dakwah rasulullah ialah menyeru manusia kepada tauhid kepada Allah dan membebaskan manusia dari syirik dan kezaliman.Membimbing manusia kepada ibadah yang sahih dan mengajarkan manusia ibadah dan kaedah mendekat diri kepada Allah swt yang sahih dan yang menepati kehendak Allah swt.

Menegakkan keadilan dan memenuhi hak-hak manusia dan mengembalikan kehidupan manusia kepada fitrah yang asal yang ditetapkan oleh Allah swt supaya mencapai kedamaian dan kesejahteraan.

Memerangi dan menghancurkan musuh-musuh Allah dan golongan yang menjadi penghalang kepada tertegaknya Islam dan menghapuskan sesuatu yang menyalahi kehendak Allah swt yang diketahui dengan penjelasan Allah di kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah serta apa yang diketahui oleh sahabat ra dari ilmu yang diajarkan oleh rasulullah kepada mereka.

Pembinaan Negara Islam Madinah
Penubuhan Negara Islam Madinah ialah hasil daripada dakwah menegakkan aqidah dan tauhid yang sahih serta bukanlah menjadi matlamat utama perjuangan Islam menegakkan Negara Islam atau khilafah sebaliknya menjadi kewajipan menegakkan Negara Islam hanyalah setelah tertegaknya aqidah yang sahih.

Ini disebabkan peranan utama Negara Islam ialah untuk membela Islam yang sudah ditegakkan dan dibangunkan bukan untuk menjadi batu asas perjuangan Islam tetapi menjadi perlindung dan benteng perjuangan Islam.

Diriwayatkan dari baginda rasulullah pernah bersabda : “Pastinya akan berlaku Islam ini diruntuhkan sedikit demi sedikit dan setiap kali Islam itu diruntuhkan maka manusia akan beralih kepada apa yang berikutnya dan yang paling awal diruntuhkan ialah pemerintahan dan yang paling akhir ialah solat” ( hadith sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

Dimaksudkan dengan hadith di atas ialah pemerintahan Islam akan menjadi perkara yang paling awal diruntuhkan sekaligus menjadi saksi dan bukti bahawa apabila telah runtuh pemerintahan Islam dan kerajaan Islam maka setiap hal agama akan berada dalam keadaan tidak terpelihara sehingga akhirnya ikut runtuh dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh kejahilan.

Peranan Negara Islam
Tujuan dibina Negara Islam hanyalah untuk menjaga dan membela aqidah yang sahih dan menaungi perjuangan dakwah tauhid kepada Allah swt seperti yang dibawa oleh rasulullah.

Manakala peranan lain Negara Islam ialah :

Membela umat Islam dan mempertahankan umat Islam dalam menegakkan syariat Allah swt
Menegakkan syariat Allah seperti yang diperintahkan oleh Allah swt.
Mengawal manusia dan memandu mereka menuju fitrah yang ditetapkan oleh Allah swt dan menjalani kehidupan menurut kehendak Allah swt.
Menghapuskan musuh-musuh Allah dan memerangi golongan yang engkar dan yang menentang kehendak Allah swt.
Menegakkan keadilan dan kesejahteraan di antara sesama manusia dan memenuhi hak dan kewajipan masing- masing.

Bolehkah menegakkan Negara Islam dahulu sebelum memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih ?
Hal ini ialah sesuatu hal yang bid’ah (perkara baru dalam agama) yang dimulakan oleh para pemikir Islam dan menyalahi sunnah dan pertunjuk salaf soleh.

Adapun pertunjuk salaf soleh ialah memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih terlebih dahulu dan setelah tertegak aqidah yang sahih maka barulah ditubuhkan Negara Islam dan perjuangan membina Negara dimulakan bagi membela isi-isi dakwah yang telah diperjuangkan.

Menegakkan kekuasaan Islam di muka bumi
Golongan yang teguh dan tetap di atas kitab dan sunnah yang telah dihasilkan oleh jamaah Islam melalui tarbiyah yang panjang dan dakwah salaf soleh menurut kefahaman yang sejati yang dibawa oleh para sahabat dan tabien inilah yang akhirnya akan menjadi golongan yang berhak menjadi penguasa di muka bumi dan berhak menjalankan amanah perjuangan Islam dan menegakkan syariat Allah swt.

Apabila telah tertegak dan terbina kumpulan umat Islam yang mentaati dan menetap diri di atas sunnah ini maka mereka berhak mengadakan islah dan perubahan di dalam masyarakat melalui tarbiyah dan didikan kepada masyarakat supaya menerima kefahaman Islam yang sahih.

Setelah menyampaikan dakwah dan kefahaman yang sahih kepada masyarakat dan memiliki kekuatan untuk membina Negara dan pemerintahan Islam maka mereka dibolehkan untuk bangkit melawan kepimpinan taghut yang menyalahi hukum-hukum Allah swt.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am 116).

Golongan yang telah dibina oleh Jamaah Islam ini melalui kefahaman yang sahih boleh dan harus disisi syarak berperang dan memerangi kepimpinan taghut yang mengadakan kerosakan di muka bumi dan kemudian menjatuhkan kepimpinan bathil ini lalu menegakkan kepimpinan Islam yang sahih sekalipun harus melalui peperangan dan pengorbanan darah.

Sekiranya keadaan mereka sedikit dan dikalahkan sebelum sempat membina dan menghimpunkan kekuatan maka mereka dibolehkan untuk mempetahankan diri dengan mengadakan peperangan membela diri dari serangan atau menjadi pihak yang ditewaskan dan dibunuh tanpa perlu bimbang dan gentar kerana Allah swt pasti akan membangkitkan penganti dan penganti kepada generasi yang telah terbunuh dan dibunuh di atas kebenaran dan mengikuti jejak langkah mereka dengan diberi pertolongan dan hidayah dari Allah swt.

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari hadith Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :“Diperlihatkan kepadaku keadaan umat-umat. Aku melihat seorang Nabi bersama beberapa pengikutnya juga seorang Nabi bersama seorang lelaki dan dua orang lelaki. Dan ada juga seorang Nabi yang tidak bersama seorang pun juga.”

Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengkategorikan tertipu dengan jumlah yang banyak ini termasuk dalam salah satu kaedah jahiliyah.

Beliau mengatakan :“Sesungguhnya termasuk dari kaedah orang-orang jahiliyah adalah tertipu dengan jumlah yang banyak dan mereka berdalil dengan jumlah terbanyak tadi untuk menunjukkan sahnya sesuatu dan mereka juga berdalil untuk menunjukkan bathilnya sesuatu dengan jumlahnya yang sedikit dan aneh.” (Masaa’il Jaahiliyah, masalah nombor 5).

Adapun golongan pengikut Jamaah Islam yang masih jahil sekarang, masyarakat yang masih jauh dari pertunjuk kitab dan sunnah, markaz-markaz sufi dan ajaran sesat yang masih teguh berdiri menyebarkan kebathilan serta bersembunyi disebalik pengikut-pengikut Jamaah Islam maka mereka ini tidak layak membawa perjuangan Islam dan tidak berhak menegakkan Negara Islam.

“Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka tidak sama.” (As Sajdah : 18).

Wala' tidak boleh diberikan kepada mereka dan kesetiaan serta ketaatan tidak wajar diserahkan kepada mereka dalam membawa perjuangan Islam.

Apapun tidak salah membantu Jamaah Islam dan perjuangannya yang berbentuk sampingan dan furu serta cabang yang mempunyai kebaikan dan benar di sisi syarak seperti membantu Jamaah Islam dalam mengadakan dakwah di kalangan pemuda, mengajarkan agama kepada ahli Jamaah Islam, membantu memberi penerangan kepada ahli Jamaah Islam akan kefahaman Islam yang sebenar dan lain-lain selama tidak melibatkan soal dasar dan tidak lari dari landasan Islam Yang sebenar.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).