Selasa, 26 Jun 2007

Tabiat Jalan Dakwah

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat 1 - 3 yang bermaksud : "Aliif Laam Miim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman padahal mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta".

Jalan dakwah tidak ditaburi bunga-bunga yang harum, tetapi merupakan jalan sukar dan panjang sebab, antara yang hak dan batil ada pertentangan nyata. Dakwah memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul beban berat. Dakwah memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada ALlah, sesuai dengan waktu yang dikehendakiNya. Mungkin pendakwah tidak akan melihat hasil dakwah serta buahnya di dalam hidup di dunia ini. Kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.

Sebaliknya para da'i (pendakwah) di jalan Allah akan menemui pelbagai gangguan dan penyiksaan dari golongan thaghut (tidak membela kebenaran) dan musuh-musuh Allah yang akan menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka, atau menghalang mereka dari jalanNya. Itu adalah persoalan biasa yang telah berulang kali terjadi di zaman silam dan akan terus berulang di zaman ini. Mereka takut kekuasaannya yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak menghapuskan kebatilan.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 18 yang bermaksud : "Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap".

Dalam menggalakkan terkamam dan cengakaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendukungnya, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka atau menciptakan pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta. tuduhan-tuduhan jahat dan dusta itu kemudian dilemparkan kepada para pendukung dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendukung dakwah itu adalah musuh bangsa dan rakyat, supaya orang-orang bangun menentang mereka seperti apa yang dilaksanakan oleh firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya) : Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakkan di muka bumi". (al-Mukmin : 26)

Demikianlah sikap firaun dan pembesar-pembesarnya sertasikap pengikut-pengikut Firaun kuno dan pengikut Firaun moden. Nabi Musa dituduh sebagai perosak dan firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan pemeliharaan kepentingannya. Pembesar-pembesar Firaun menghasut Firaun supaya menentang Musa dan kaumnya serta menakut-nakuti Firaun akan akibat perbuatan Musa. Lalu Firaun menenagkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia akan mengawasi Musa sebagaimana ayat al-Quran surah al-A'raf ayat 128 yang bermaksud : Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun) : Apakah kamu akan Membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu? Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh atas mereka".

Rujukan : Tariikud Dakwah (Mustafa Masyhur)

Isnin, 25 Jun 2007

Rahmat Allah Kepada Umat Islam

Kalaulah tidak kerana rahmat Allah yang telah menggurniakan pejuang-pejuang iaitu mereka yang berusaha untuk mengembalikan semangat Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Abu al-A'la al-Maududi dan lainnya, yang berusaha dalam gerakan Islam dan jamaah Islam nescaya keadaannya tidak seperti yang ada sekarang ini.

Dengan kurniaan Allah dan dengan kesan gerakan Islam ke dalam kehidupan, umat Islam mula bangkit dan sedar dan lahirlah tokoh-tokoh sama ada dari kalangan lelaki, wanita dan pemuda serta pemudi Muslim yang berpegang kuat dengan agama, mempunyai semangat yang kuat untuk mengembalikan zaman keagungan Islam dan menegakkan negara Islam bermodelkan Khilafah Islam.

Satu perubahan ke arah gerakan Islam berlaku di dalam masyarakat di negara-negara Islam. Perkara-perkara bid'ah khurafat dan adat-adat jahiliyyah mulai hilang dan sunnah mula dihidupkan kembali. Semangat agama dan jihad mulai meresap di kalangan pemuda di beberapa tempat di negara-negara Islam. Ini boleh mempercepatkan pembersihan aqidah Islam dari unsur-unsur yang salah dan khurafat.

Kita dapati orang-orang Islam telah menuntut supaya dilaksanakan syari'at Islam. Kita lihat pakaian Islam sudah menjadi kegemaran wanita Islam. Dan sekarang telah memperkenalkan pakaian renang wanita dengan menutup aurat. Ini semua adalah hasil dari usaha pejuang-pejuang Islam yang berusaha menyebarkan Islam melalui jamaah Islam dengan menggunakan uslub dakwah melalui contoh teladan (qudwah).

Oleh itu, cuba kita sebagai pembawa panji-panji Islam di bumi wakafan Arabiah untuk menjadikan diri kita sebagai role model kepada remaja-remaja sekarang yang hayut oleh arus perdana yang semakin meruncing.

wassalam...

Rabu, 20 Jun 2007

Hari Guru 07


Hari Guru pada 16 Mei, pada bulan lepas pihak Syubban telah menempah dan menggantung banner di Sek MMPM, khas buat guru tercinta.

Selamat Hari Guru Buat Warga Pengajar MMPM
"Guru Penjana Modal Insan Gemilang"

Kursus Kecemerlangan STAM & STPM

As-Syubban telah melaksanakan satu program khusus untuk Ting. 6, tetapi sebenarnya hard-core program adalah PERTINA (Persatuan Tingkatan Enam) yang bertungkus lumus untuk melaksanakan program ni, Syubban hanya menjadi fasi kepada mereka dan merancang pengisian dalam program tersebut. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar yang berlangsung pada 1 - 3 bulan 6 hari jumaat hingga ahad.
Tetapi!!, ada tetapi jugak ye, masalahnya modul yang di mainkan kepada mereka rasa-rasanya tak sesuai dan tak menepati level mereka sebagai orang tua dalam sekolah MMPM. Akan datang, InsyaAllah, sama-sama kita bincangkan modul yang lebih sesuai bagi tahap mereka sebagai orang yang telah matang dan dah berjanggut itu supaya lebih advance untuk membina pelajar yang lebih cemerlang di dunia dan lebih gemilang di hari pembalasan kelak. Mungkin ada dikalangan ahli kita yang nak propose modul motivasi yang telah mereka lalui. Dan ini adalah satu cadangan yang baik dan bertepatan dengan matlamat penubuhan kita iaitu : "Menggabungkan semua modul yang terbaik di setiap universiti untuk diserapkan ke dalam diri pelajar MMPM". Harapannya, ada yang sudi untuk berkongsi sedikit pengalaman dan modul untuk masa akan datang.

p.s. : Kongsikan modul kepada Setiausaha Agung, e-mail : ahmad.edy@gmail.com

Kem Pemantapan Organisasi

Baru-baru ini, as-Syubban telah menjalankan program yang pertamanya iaitu program : Kem Pemantapan Organisasi kepada semua wakil badan-badan persatuan di sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas. Alhamdulillah dengan izin daripada Allah program ini berjalan seperti yang dirancang, walaupun ada sedikit sebanyak berlaku kekalutan dari urusetia program itu sendiri.
Walaubagaimana pun perkara itu telah diselesaikan dengan komitmen dari sebahagian ahli syubban yang dapat pulang dan turun padang untuk sama-sama menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Di dalam program ini kita dapat perhatikan beberapa msalah yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa untuk dipertingkatkan lagi prestasi dan kualiti sesebuah persatuan itu, dari sudut perancangan yang rapi sebelum sesuatu program berjalan dan dilaksanakan dengan cara sistematik untuk melancarkan lagi pergerakkan program. Oleh sebab itu perubahan perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memantopkan organisasi yang telah kita junjung bersama ini ke arah sistematik yang berkesan.

p.s. : alert kepada program yang akan datang.