Isnin, 25 Jun 2007

Rahmat Allah Kepada Umat Islam

Kalaulah tidak kerana rahmat Allah yang telah menggurniakan pejuang-pejuang iaitu mereka yang berusaha untuk mengembalikan semangat Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Abu al-A'la al-Maududi dan lainnya, yang berusaha dalam gerakan Islam dan jamaah Islam nescaya keadaannya tidak seperti yang ada sekarang ini.

Dengan kurniaan Allah dan dengan kesan gerakan Islam ke dalam kehidupan, umat Islam mula bangkit dan sedar dan lahirlah tokoh-tokoh sama ada dari kalangan lelaki, wanita dan pemuda serta pemudi Muslim yang berpegang kuat dengan agama, mempunyai semangat yang kuat untuk mengembalikan zaman keagungan Islam dan menegakkan negara Islam bermodelkan Khilafah Islam.

Satu perubahan ke arah gerakan Islam berlaku di dalam masyarakat di negara-negara Islam. Perkara-perkara bid'ah khurafat dan adat-adat jahiliyyah mulai hilang dan sunnah mula dihidupkan kembali. Semangat agama dan jihad mulai meresap di kalangan pemuda di beberapa tempat di negara-negara Islam. Ini boleh mempercepatkan pembersihan aqidah Islam dari unsur-unsur yang salah dan khurafat.

Kita dapati orang-orang Islam telah menuntut supaya dilaksanakan syari'at Islam. Kita lihat pakaian Islam sudah menjadi kegemaran wanita Islam. Dan sekarang telah memperkenalkan pakaian renang wanita dengan menutup aurat. Ini semua adalah hasil dari usaha pejuang-pejuang Islam yang berusaha menyebarkan Islam melalui jamaah Islam dengan menggunakan uslub dakwah melalui contoh teladan (qudwah).

Oleh itu, cuba kita sebagai pembawa panji-panji Islam di bumi wakafan Arabiah untuk menjadikan diri kita sebagai role model kepada remaja-remaja sekarang yang hayut oleh arus perdana yang semakin meruncing.

wassalam...

Tiada ulasan: