Rabu, 21 November 2007

Pengumuman Penting!!!

Salam Perjuangan...

Perhatian!! kepada semua ahli syubban...
pihak Syubban akn mengadakan satu program kepada adik-adik Badan Bina Insan, Agama & Dakwah yg bernama "Kem Induksi BINNADWAH" , butirannya seperti berikut :
Pada : 30 / 11 - 2 / 12
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Bachok (akn dimaklumkan semula)
# Kepada mana2 ahli yg boleh turun pada program ini sila hubungi Unit Program & Modul : Mohd Fikri Pakarudin (019-9603887)...


CARTA ORGANISASI PROGRAM

PENAUNG

USTAZ KAMARJAN B. ABDUL RAHMAN

Pengetua,

Maahad Muhammadi Pasir Mas.

PENASIHAT

USTAZ ISMAIL B. YAHYA

Penolong Kanan HEM,

Maahad Muhammadi Pasir Mas

USTAZ ROSLAN B. ABDULLAH

Penasihat BINNADWAH,

Merangkap Penasihat Asy-Syubban Al-Islami,

Maahad Muhammadi Pasir Mas.

MUHAMMAD KHIDIR ABDUL GHANI

Yang Dipertua Asy-Syubban Al-Islami

Universiti Kebangsaan Malaysia

013-9554497

EX OFFICIO

Mohd. Arif B. Mohd Zain

(Mantan BINNADWAH)

PENGARAH

Abdul Yadiy B. Yusof

TIMBALAN PENGARAH

Nor Syukuriah Bt. Kamaruddin

SETIAUSAHA

Nur Atikah Bt. Yusof

BENDAHARI

Ahmad al-Hafiz B. Ridhuan

KETUA SEKRETARIAT

PROGRAM & MODUL

Mohd Fikri B. Pakaruddin

PROTOKOL & TAJAAN

Muhamad Tarmizi B. Mohd Zain

DISIPLIN & IBADAH

Nik Lokman B. Nik Man

TEKNIKAL & TEMPAT

Abdul Razzak B. Razali

PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN

Huzaimi B. Sha’ari

JAMUAN

Nurul Izzati Bt. Mohamed Asri

PENDAFTARAN

Mohd Zaki B. Jaafar

KESELAMATAN & KEBAJIKAN

Muhammad Rashidi B. Abdul Hamid

SIJIL & CENDERAMATA

Siti Rashidah Bt. Mohd Zain

TUGAS-TUGAS KHAS

Mohd Izaini B. Ismail


ATURCARA PROGRAM KEM INDUKSI BINNADWAH

HARI PERTAMA

30 NOVEMBER 2007 (JUMAAT)

3.00 ptg : Bertolak ke destinasi

4.00 ptg : Pendaftaran peserta

4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah & Bacaan Ma’thurat

5.00 ptg : Taklimat Program

6.00 ptg : Ice Breaking & Ukhwah

6.45 ptg : Kendiri dan Makan Malam

7.15 mlm : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 mlm : Kuliah Dasar 1 :
Tajuk : Rasulullah SAW Pemimpin Teragung

9.00 mlm : Solat Isyak Berjemaah

9.45 mlm : Ceramah Motivasi Kepimpinan

Tajuk : Potensi Kepimpinan Dalam Berorganisasi

10.45 mlm : Minum Malam

11.00 mlm : Gerak Minda Berkumpulan (GMB 1) :

12.00 mlm : Muhasabah Diri dan Rehat Minda

HARI KEDUA

1 DISEMBER 2007 (SABTU)

4.30 pg : Kendiri

5.00 pg : Qiamullail & Munajat

5.45 pg : Solat Subuh Berjemaah

6.30 pg : Kuliah Subuh

Oleh : Sdr. Aidil Azhim B. Shamsuddin

7.15 pg : Riadhah

8.15 pg : Sarapan Pagi, Kendiri & Solat Dhuha

9.00 pg : Kuliah Dasar 2 :

Tajuk : Tanggungjawab Qiadah & Jundi Mendokong Risalah Dakwah


10.00 pg : Rehat & Minum Pagi

10.30 pg : Bengkel Pengurusan 1 :

Tajuk : Pembikinan Kertas Kerja, Mesyuarat & Minit Mesyuarat, Format Surat Menyurat dan Sistem Pemfailan

12.00 tgh : Bengkel

12.45 tgh : Makan tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

2.30 tgh : Pembentangan Kumpulan

3.30 ptg : Gerak Minda Berkumpulan (GMB 2)

4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah & Bacaan Ma’thurat

5.00 ptg : Forum Alumni BINNADWAH

Tajuk : BINNADWAH : Realiti Dan Sejarah Yang Berharga

6.30 mlm : Kendiri & Makan Malam

7.15 mlm : Solat Maghrib Berjemaah

Kuliah Maghrib :

Tajuk : Kepimpinan : Antara Amanah Dan Keperluan

8.15 mlm : Solat Isyak Berjemaah

9.00 mlm : Kuliah Dasar 3 :

Tajuk : Dakwah Fardiyyah & Ijtima’iyyah : Satu Keperluan

10.00 mlm : Minum Malam

10.15 mlm : Brainstorming Of Year Planer

12.15 mlm : Rehat Minda

HARI KETIGA

2 DISEMBER 2007 (AHAD)

4.30 pg : Kendiri

5.00 pg : Qiamullai & Munajat

5.45 pg : Solat Subuh Berjemaah

6.30 pg : Kuliah Subuh

Oleh : Sdr. Zulkarami B. Che Musa

7.00 pg : Riadhah

7.30 pg : Sarapan pagi

7.45 pg : Bengkel Pengurusan 2 :

Tajuk : Master Plan, Gerak Kerja Program, Laporan Gerak Kerja Program, Dokumentasi Program

9.30 pg : Bengkel

10.00 pg : Pembentangan Kumpulan

11.00 pg : Resolusi dan Komentar

12.00 tgh : Majlis Perasmian Penutup

: Ucapan Pengarah Program

: Ucapan Perasmian Penutup

Oleh : Ust Kamarjan Bin Abdul Rahman

Pengetua, Maahad Muhammadi Pasir Mas

: Persembahan Multimedia

: Penyampaian Cenderamata

1.30 tgh : Solat Zohor Berjemaah

Salam Wida’

Rabu, 7 November 2007

Photo Majlis Ijtima Aidilfitri 2007

Photo Kenangan Semasa Majlis Ijtima' Aidilfitri 2007 kali ke-2

Peserta Muslimat yang hadir

Cenderahati kpd adhoc KPO Muslimat

Menjamu selera hari raya

Jamuan VIP

Muslimat duk mengurumuni makanan plk he..he..

khusyuk & tawadhuk duk dengar ucapan

Antara VIP yang dijemput

Peserta muslimin yang turut hadir

Cenderahati kpd Adhoc KPO

Cenderahati tanda kenangan perasmi

Rabu, 31 Oktober 2007

Majlis Ijtima' Aidilfitri 2007 Kali-2

Salam perjuangan yang berpanjangan...


Majlis Ijtima' Aidilfitri telah diadakan pada 4 syawal yang lalu bersamaan 16 oktober 2007 seramai 87 orang yang hadir berbanding pada tahun yang lepas seramai43 orang yg telah berlangsung di dewan serbaguna MMPM, ia juga dirasmikan oleh Ust Kamarjan Abd Rahman (Pengetua MMPM)...tidak lupa buat adhoc yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini walaupun masing-masing berada di luar kelantan, walaupun begitu masih dapat lagi memberi komitmen yang tinggi terhadap majlis ini. Semoga segala budi yang ditabur akan berbuah kemanisan dan terbalas dengan keredhaan dan rahmat dari Allah swt. Harapan kami (exco2 As-syubban) pada masa akan datang terdapat lagi ahli2 yang dpt memberi komitmen walaupun dalam keadan mana sekalipun.. Wassalam.

Sabtu, 21 Julai 2007

Binalah Persaudaraan Kerana Allah


Betapa perlunya kita bersaudara kerana Allah pada saat berjalan bersama di atas jalan dakwah untuk memperteguhkan ikatan sesama kita, sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Mereka telah mengukir contoh tauladan yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar mengutamakan saudaranya labih daripada dirinya sendiri, ini dipanggil '"ithar".

Pegang erat-erat tangan saudara kita di atas jalan dakwah dengan pegangan cinta, ikrar dan kasih sayang. Jangan lepaskan terutama ketika terjadi krisis dan kesusahan atau ketika terjadi fitnah dan ujian yang sedang bermaharajalela atau ketika terjadinya pelbagai peristiwa yang melanda umat Islam. Junjungan tercinta Nabi besar Muhammad s.a.w. telah menggalakkan dan mendorong supaya berbuat demikian.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"al-mukminu lilmukmini kal-bunyaani yasyuddu ba'dhuhaa ba'dhan" yang bermaksud : "Orang mukmin dengan mukmin yang lainnya laksana bangunan yang sebahagiannya mendukung sebahagian yang lain"

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam rasa cinta, kasih sayang dan kemesraan mereka seperti badan yang satu, apabila sebahagian dari anggotanya sakit, maka seluruh anggotanya turut berasa sakit, seperti kena penyakit susah tidur atau demam" (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda lagi yang ertinya :
"Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya (mendapat bahaya). Siapa yang menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Siapa yang melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan, bahkan pelbagai kesulitan di hari qiamat. Siapa yang menutup rahsia (keaiban) seorang muslim, Allah menutupi keaibannya pada hari qiamat".

Oleh sebab itu, wahai sahabatku, kenalilah akan saudara-saudara kita, bersatu padulah, bekerjasamalah menggalakkan saling menasihati dan menegur secara terbuka, ciptakan suasana saling bertanggungjawab dan berkasih sayang dan jadilah kita hamba Allah yang bersaudara.

Wassalam..Siiru 'ala barakatillah.

Selasa, 26 Jun 2007

Tabiat Jalan Dakwah

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat 1 - 3 yang bermaksud : "Aliif Laam Miim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman padahal mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta".

Jalan dakwah tidak ditaburi bunga-bunga yang harum, tetapi merupakan jalan sukar dan panjang sebab, antara yang hak dan batil ada pertentangan nyata. Dakwah memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul beban berat. Dakwah memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada ALlah, sesuai dengan waktu yang dikehendakiNya. Mungkin pendakwah tidak akan melihat hasil dakwah serta buahnya di dalam hidup di dunia ini. Kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.

Sebaliknya para da'i (pendakwah) di jalan Allah akan menemui pelbagai gangguan dan penyiksaan dari golongan thaghut (tidak membela kebenaran) dan musuh-musuh Allah yang akan menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka, atau menghalang mereka dari jalanNya. Itu adalah persoalan biasa yang telah berulang kali terjadi di zaman silam dan akan terus berulang di zaman ini. Mereka takut kekuasaannya yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak menghapuskan kebatilan.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 18 yang bermaksud : "Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap".

Dalam menggalakkan terkamam dan cengakaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendukungnya, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka atau menciptakan pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta. tuduhan-tuduhan jahat dan dusta itu kemudian dilemparkan kepada para pendukung dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendukung dakwah itu adalah musuh bangsa dan rakyat, supaya orang-orang bangun menentang mereka seperti apa yang dilaksanakan oleh firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya) : Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakkan di muka bumi". (al-Mukmin : 26)

Demikianlah sikap firaun dan pembesar-pembesarnya sertasikap pengikut-pengikut Firaun kuno dan pengikut Firaun moden. Nabi Musa dituduh sebagai perosak dan firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan pemeliharaan kepentingannya. Pembesar-pembesar Firaun menghasut Firaun supaya menentang Musa dan kaumnya serta menakut-nakuti Firaun akan akibat perbuatan Musa. Lalu Firaun menenagkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia akan mengawasi Musa sebagaimana ayat al-Quran surah al-A'raf ayat 128 yang bermaksud : Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun) : Apakah kamu akan Membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu? Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh atas mereka".

Rujukan : Tariikud Dakwah (Mustafa Masyhur)

Isnin, 25 Jun 2007

Rahmat Allah Kepada Umat Islam

Kalaulah tidak kerana rahmat Allah yang telah menggurniakan pejuang-pejuang iaitu mereka yang berusaha untuk mengembalikan semangat Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Abu al-A'la al-Maududi dan lainnya, yang berusaha dalam gerakan Islam dan jamaah Islam nescaya keadaannya tidak seperti yang ada sekarang ini.

Dengan kurniaan Allah dan dengan kesan gerakan Islam ke dalam kehidupan, umat Islam mula bangkit dan sedar dan lahirlah tokoh-tokoh sama ada dari kalangan lelaki, wanita dan pemuda serta pemudi Muslim yang berpegang kuat dengan agama, mempunyai semangat yang kuat untuk mengembalikan zaman keagungan Islam dan menegakkan negara Islam bermodelkan Khilafah Islam.

Satu perubahan ke arah gerakan Islam berlaku di dalam masyarakat di negara-negara Islam. Perkara-perkara bid'ah khurafat dan adat-adat jahiliyyah mulai hilang dan sunnah mula dihidupkan kembali. Semangat agama dan jihad mulai meresap di kalangan pemuda di beberapa tempat di negara-negara Islam. Ini boleh mempercepatkan pembersihan aqidah Islam dari unsur-unsur yang salah dan khurafat.

Kita dapati orang-orang Islam telah menuntut supaya dilaksanakan syari'at Islam. Kita lihat pakaian Islam sudah menjadi kegemaran wanita Islam. Dan sekarang telah memperkenalkan pakaian renang wanita dengan menutup aurat. Ini semua adalah hasil dari usaha pejuang-pejuang Islam yang berusaha menyebarkan Islam melalui jamaah Islam dengan menggunakan uslub dakwah melalui contoh teladan (qudwah).

Oleh itu, cuba kita sebagai pembawa panji-panji Islam di bumi wakafan Arabiah untuk menjadikan diri kita sebagai role model kepada remaja-remaja sekarang yang hayut oleh arus perdana yang semakin meruncing.

wassalam...

Rabu, 20 Jun 2007

Hari Guru 07


Hari Guru pada 16 Mei, pada bulan lepas pihak Syubban telah menempah dan menggantung banner di Sek MMPM, khas buat guru tercinta.

Selamat Hari Guru Buat Warga Pengajar MMPM
"Guru Penjana Modal Insan Gemilang"

Kursus Kecemerlangan STAM & STPM

As-Syubban telah melaksanakan satu program khusus untuk Ting. 6, tetapi sebenarnya hard-core program adalah PERTINA (Persatuan Tingkatan Enam) yang bertungkus lumus untuk melaksanakan program ni, Syubban hanya menjadi fasi kepada mereka dan merancang pengisian dalam program tersebut. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar yang berlangsung pada 1 - 3 bulan 6 hari jumaat hingga ahad.
Tetapi!!, ada tetapi jugak ye, masalahnya modul yang di mainkan kepada mereka rasa-rasanya tak sesuai dan tak menepati level mereka sebagai orang tua dalam sekolah MMPM. Akan datang, InsyaAllah, sama-sama kita bincangkan modul yang lebih sesuai bagi tahap mereka sebagai orang yang telah matang dan dah berjanggut itu supaya lebih advance untuk membina pelajar yang lebih cemerlang di dunia dan lebih gemilang di hari pembalasan kelak. Mungkin ada dikalangan ahli kita yang nak propose modul motivasi yang telah mereka lalui. Dan ini adalah satu cadangan yang baik dan bertepatan dengan matlamat penubuhan kita iaitu : "Menggabungkan semua modul yang terbaik di setiap universiti untuk diserapkan ke dalam diri pelajar MMPM". Harapannya, ada yang sudi untuk berkongsi sedikit pengalaman dan modul untuk masa akan datang.

p.s. : Kongsikan modul kepada Setiausaha Agung, e-mail : ahmad.edy@gmail.com

Kem Pemantapan Organisasi

Baru-baru ini, as-Syubban telah menjalankan program yang pertamanya iaitu program : Kem Pemantapan Organisasi kepada semua wakil badan-badan persatuan di sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas. Alhamdulillah dengan izin daripada Allah program ini berjalan seperti yang dirancang, walaupun ada sedikit sebanyak berlaku kekalutan dari urusetia program itu sendiri.
Walaubagaimana pun perkara itu telah diselesaikan dengan komitmen dari sebahagian ahli syubban yang dapat pulang dan turun padang untuk sama-sama menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Di dalam program ini kita dapat perhatikan beberapa msalah yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa untuk dipertingkatkan lagi prestasi dan kualiti sesebuah persatuan itu, dari sudut perancangan yang rapi sebelum sesuatu program berjalan dan dilaksanakan dengan cara sistematik untuk melancarkan lagi pergerakkan program. Oleh sebab itu perubahan perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memantopkan organisasi yang telah kita junjung bersama ini ke arah sistematik yang berkesan.

p.s. : alert kepada program yang akan datang.