Selasa, 26 Jun 2007

Tabiat Jalan Dakwah

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat 1 - 3 yang bermaksud : "Aliif Laam Miim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman padahal mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta".

Jalan dakwah tidak ditaburi bunga-bunga yang harum, tetapi merupakan jalan sukar dan panjang sebab, antara yang hak dan batil ada pertentangan nyata. Dakwah memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul beban berat. Dakwah memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada ALlah, sesuai dengan waktu yang dikehendakiNya. Mungkin pendakwah tidak akan melihat hasil dakwah serta buahnya di dalam hidup di dunia ini. Kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.

Sebaliknya para da'i (pendakwah) di jalan Allah akan menemui pelbagai gangguan dan penyiksaan dari golongan thaghut (tidak membela kebenaran) dan musuh-musuh Allah yang akan menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka, atau menghalang mereka dari jalanNya. Itu adalah persoalan biasa yang telah berulang kali terjadi di zaman silam dan akan terus berulang di zaman ini. Mereka takut kekuasaannya yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak menghapuskan kebatilan.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 18 yang bermaksud : "Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap".

Dalam menggalakkan terkamam dan cengakaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendukungnya, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka atau menciptakan pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta. tuduhan-tuduhan jahat dan dusta itu kemudian dilemparkan kepada para pendukung dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendukung dakwah itu adalah musuh bangsa dan rakyat, supaya orang-orang bangun menentang mereka seperti apa yang dilaksanakan oleh firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya) : Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakkan di muka bumi". (al-Mukmin : 26)

Demikianlah sikap firaun dan pembesar-pembesarnya sertasikap pengikut-pengikut Firaun kuno dan pengikut Firaun moden. Nabi Musa dituduh sebagai perosak dan firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan pemeliharaan kepentingannya. Pembesar-pembesar Firaun menghasut Firaun supaya menentang Musa dan kaumnya serta menakut-nakuti Firaun akan akibat perbuatan Musa. Lalu Firaun menenagkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia akan mengawasi Musa sebagaimana ayat al-Quran surah al-A'raf ayat 128 yang bermaksud : Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun) : Apakah kamu akan Membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu? Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh atas mereka".

Rujukan : Tariikud Dakwah (Mustafa Masyhur)

Tiada ulasan: