Betapa perlunya kita bersaudara kerana Allah pada saat berjalan bersama di atas jalan dakwah untuk memperteguhkan ikatan sesama kita, sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Mereka telah mengukir contoh tauladan yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar mengutamakan saudaranya labih daripada dirinya sendiri, ini dipanggil '"ithar".
Pegang erat-erat tangan saudara kita di atas jalan dakwah dengan pegangan cinta, ikrar dan kasih sayang. Jangan lepaskan terutama ketika terjadi krisis dan kesusahan atau ketika terjadi fitnah dan ujian yang sedang bermaharajalela atau ketika terjadinya pelbagai peristiwa yang melanda umat Islam. Junjungan tercinta Nabi besar Muhammad s.a.w. telah menggalakkan dan mendorong supaya berbuat demikian.
Rasulullah s.a.w. bersabda : "al-mukminu lilmukmini kal-bunyaani yasyuddu ba'dhuhaa ba'dhan" yang bermaksud : "Orang mukmin dengan mukmin yang lainnya laksana bangunan yang sebahagiannya mendukung sebahagian yang lain"
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud : "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam rasa cinta, kasih sayang dan kemesraan mereka seperti badan yang satu, apabila sebahagian dari anggotanya sakit, maka seluruh anggotanya turut berasa sakit, seperti kena penyakit susah tidur atau demam" (Hadis riwayat Bukhari)
Sabda lagi yang ertinya : "Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya (mendapat bahaya). Siapa yang menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Siapa yang melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan, bahkan pelbagai kesulitan di hari qiamat. Siapa yang menutup rahsia (keaiban) seorang muslim, Allah menutupi keaibannya pada hari qiamat".
Oleh sebab itu, wahai sahabatku, kenalilah akan saudara-saudara kita, bersatu padulah, bekerjasamalah menggalakkan saling menasihati dan menegur secara terbuka, ciptakan suasana saling bertanggungjawab dan berkasih sayang dan jadilah kita hamba Allah yang bersaudara.
Wassalam..Siiru 'ala barakatillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan