Rabu, 28 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU '08

PERUTUSAN HARI GURU 2008

Ikhlas Daripada :

AS-SYUBBAN AL-ISLAMI
MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
Buat Guru Yang Dihormati

بسم الله الرحمن الرحيم

{ءامن الرسول بما أنزل اليه من ربه والمؤمنون كل ءامن بالله وملآءكته، وكتبه، ورسله، لا نفرق بين أحد من رسله، وقالوا سمعنا وأطعن غفرانك ربنا واليك المصير }

اللهم لك الحمد..أنت نور السماوات والأرض ولك الحمد..أنت قيّام السماوات والأرض ولك الحمد..أنت ربّ السماوات والأرض ومن فيهن أنت الحق..ووعدك الحق..وقولك الحق..ولقاؤك حق..والجنة حق..والنار حق..والساعة حق..اللهم لك أسلمت..وبك آمنت..وعليك توكلت.

اما بعد..

Alhamdulillahirabbil’alamin. Assolatu wassalamu’ala asyrofil anbiyai’walmursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Seinfiniti kesyukuran di panjatkan kepada pemilik sekelian alam, kerana dengan izin limpah kurnia serta hidayah dan inayah-Nya, maka kita masih dalam nikmat iman dan Islam serta masih lagi dikurniakan kesempatan untuk terus mengecapi nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya.

maka nikmat tuhan-Mu yang manakah kamu dustakan? (ar-rahman)

Wa ba’du..

Subhanallah..ketika kaki menjejak tanah Giza, dan mata tertancap kagum pada binaan pyramid yang sungguh menakjubkan, segala puja dan puji pada pemilik agung yang mengilhamkan kepada manusia yang kerdil sehingga terciptanya salah satu dari tujuh binaan ajaib di dunia, tersergam megah di padang pasir yang kering. Seraya itu terkenang saat-saat mula mengenal pyramid..di dalam gambar di dalam buku sekolah. Betapa kini, pyramid teguh berdiri di depan mata, merealisasikan figure yang selama ini di impikan hanya di dalam imaginasi, Alhamdulillah. Takkala itu terkenang pada guru-guru yang mewasilahkan pada impian yang kini jadi kenyataan, yang mewasilahkan kepada beradanya diri pada laluan-laluan menuju kejayaan. Terima kasih guru!

Tiada ungkapan seindah bahasa untuk di lafazkan sebagai penghargaan kepada insan yang tersangat kami hormati dan sayangi, yang kami selalu ingat dan kenangi dalam setiap doa qudus kami. Di bumi manapun yang kami jejaki, di langit manapun yang kami naungi, ingatan pada kalian tidak pernah pudar, segala nasihat dan pesanan kalian kami ingati selalu sebagai pedoman kami mendepani hari-hari yang penuh cabaran, ajaran dan didikan kalian kami bawa kemana saja menjadi perisai kepada kami dalam menghadapi segala ujian dan cabaran.

Walaupun tidak selayaknya hanya dengan ucapan terima kasih, namun di atas segala jasa dan budi kalian yang tidak terhingga itu, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan yang kalian curahkan. Adapun kami, dengan barakah doa kalian maka akan kami hadiahkan kepada kalian sebuah kejayaan yang gemilang yang kami dedikasikan khas untuk insan-insan yang mencorakkan kejayaan kami. Mana mungkin untuk kami melupakan jasa dan budi kalian yang melalukan kami pada jalan-jalan menuju kejayaan kini. Segala jerih perih kalian mendidik dan mentarbiyah kami yang tidak dapat kami bayar melainkan hanya dengan kami menganugerahkan kalian dengan kejayaan kami nanti, yang kami pasti akan membuatkan kalian tersenyum nanti. Guru, doakan kejayaan kami anak-anak kalian ini!

Kini, setelah bertahun-tahun kami tinggalkan daerah ibtida’ ilmu di tanah barakah Maahad Muhammadi Pasir Mas, masih kekal di hati kami wajah-wajah tenang penuh gemilang guru-guru yang sangat-sangat kami sayangi. Terbayang ketabahan dan kesabaran kalian menghadapi seribu macam kerenah dan kenakalan kami. Di mana lagi boleh di dapati kesabaran semacam sabar seorang guru? Hatta kami di denda mahupun di rotan sekalipun, maka tiada lain melainkan hanya kerana ingin mendidik kami dan menjadikan kami seorang manusia sebagaimana kami kini. Guru, terima kasih di atas segala asuhan kalian. Semoga segala apa yang kalian ajarkan kepada kami akan memberi manfaat kepada kami dan semoga kalian akan terus di berkati pada setiap titipan ilmu yang telah kalian curahkan. Rabbuna ma’akum.

SELAMAT HARI GURU kami dedikasikan khas untuk insan-insan istimewa di bumi bertuah Maahad Muhammadi Pasir Mas, yang kami panggil cikgu, ustaz, ustazah, teacher dan sir. Semoga kalian terus berkekalan di dalam kerahmatan dan keberkatan Ilahi di dunia dan akhirat, insyaAllah.

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسولله صلى الله عليه وسلّم: "نضّر الله امرأ سمع منّا شيءا فبلّغه كما سمعه, فربّ مبلّغ أوعى من سامع".

(أخرجه الترمذي وصححه)

Mafhumnya : Daripada Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata : Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seseorang yang mendengar daripada kami sesuatu, lalu ia menyampaikan kepada orang lain. Maka barangkali orang yang mendengar itu lebih mengambil manfaat daripada orang yang menyampaikannya ”.
H.R Tirmizi

Guru pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara. Guru sebagai ibu bapa kedua yang menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak berbanding dengan ibu bapa sendiri. Malah boleh dikatakan guru lah yang banyak membentuk anak-anak pewaris generasi rabbani hari ini. Guru yang berkorban dan meluangkan masa demi untuk melihat anak-anak kita benar-benar menjadi manusia yang boleh di harapkan untuk menjadi pembela kepada agama, bangsa dan Negara. Sebagaimana makruf, tugas sebagai seorang guru bukan seindah yang di bayangkan. Meskipun jadual kerja yang nampak singkat pada zahirnya namun sebenarnya guru lah yang bertugas paling lama. Bayangkan dari pagi membawa ke tengah hari, di sambung pula ke kelas petang kemudia jika ada kelas malam, maka hingga ke malam pula guru bertugas. Siapa lagi yang mampu melakukan tugasan yang begitu berat dan lama, yang mampu dan sanggup bertahan serta sabar dengan pelbagai kerenah sepanjang hari selain hanya insan yang bergelar guru. Segala masalah dan kepentingan peribadi di tolak ke tepi demi untuk mendidik anak-anak.

Tambahan pula cabaran hari ini yang menuntut sejuta kesabaran. Bukan mudah untuk membentuk anak-anak yang kini terdedah dengan pelbagai krisis akhlak dan sosial yang sangat membimbangkan. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi. Bukan mudah membentuk anak-anak hari ini dengan acuan al quran di tengah-tengah kebejatan sosial yang meruncing. Justeru, guru memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang cukup tinggi, selain asas yang mantap untuk berdepan dengan anak-anak wawasan 2020 ini. Kesanggupan guru dalam menyahut seruan dakwah dalam skop sekolah amat-amat di kagumi. Berani untuk menjadi wasilah kepada pembentukan generasi rabbani yang bakal mewarisi kepimpinan dunia baru islam pada masa akan datang. Kepimpinan akan datang adalah gambaran anak-anak kita hari ini, maka dengan itu, tugas guru lah yang di wasilahkan kepada pembentukan generasi yang bakal membawa agama, bangsa dan negara ke mercu kegemilangan islam bagi mencapai mardhotillah. Guru bukan saja sebagai pendidik atau pemudah cara yang hanya mencurahkan ilmu, bahkan guru adalah qudwah atau role model yang akan menjadi contoh ikutan anak-anak pelajar. Dari itulah akan lahir jilul quran yang islam inginkan ; cemerlang akademik cemerlang syakhsiah.

Di dalam ASSAWAB Abu Asyaikh meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua dengan mendidik anaknya untuk berbakti kepadanya”.

Bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini, GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG, semoga ia bukanlah sekadar retorik yang melengkapkan sambutan perayaan hari guru semata-mata. Dan hanya doa kebahagiaan serta kerahmatan dari Ilahi pada kalian, semoga kalian beroleh anugerah Allah yang di janjikan kepada mereka yang sabar dalam memberi serta mencurahkan ilmu tanpa ada rasa penat dan jemu. Semoga Allah mengampunkan kalian dan merahmati dalam segenap hal keadaan kalian. Diatas segala jasa dan pengorbanan, semoga di anugerahkan dengan sebesar-besar ganjaran di dunia mahupun di akhirat. Ameen.

ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه ان الله بالغ امره قد جعل الله لكل شيء قدرا

فصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

سير على بركة الله

والله اعلم

Di sediakan oleh ; Nik Fatimah Az-Zahrah Binti Nik Zaidin
Kuliyyah Usuluddin,
Al Azhar Kaherah.

Tiada ulasan: